Welcome to JobsMalaysia 2017
Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
Written By Admin on Monday, July 19, 2010 | 3:36 AM
Majlis Agama Islam Selangor mempelawa anak Negeri Selangor yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:
1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (DG41)
2. Jurutera (J41)
3. Juruaudit (W41)
4. Penolong Jurutera (J29)
5. Penolong Pegawai Penilaian (W27)
6. Pembantu Hal Ehwal Islam (S27)
7. Pembantu Akauntan (W17)
8. Juruteknik (Awam) (J17)
9. Pembantu Am Pejabat (N1)
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
TARAF JAWATAN : KONTRAK / TETAP
CARA MEMOHON:
-Permohonan hendaklah menggunakan Borang BR.MAIS BPM (SM-P) /16/2006 yang boleh didapati di laman web, www.mais.gov.my
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
-Penggunaan satu (1) borang permohonan hanya untuk satu (1) jawatan sahaja.
-Setiap borang permohonan jawatan kosong mestilah bersertakan sekeping gambar berukuran passport, salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan seperti berikut :
a. Kad Pengenalan dan Surat Beranak;
b. Sijil /Diploma / Ijazah;
c. Surat Akuan pengiktirafan Ijazah/Diploma/Sijil daripada MQA atau JPA;
d. Surat Berhenti Sekolah;
e. Sijil SPM;
f. Sijil PMR;
g. Gambar ukuran passport;
h. Surat Akuan / pengesahan mastautin pemohon/ibu/bapa bagi pemohon yang lahir di luar Negeri Selangor; dan
i. Sijil-sijil yang berkaitan. Pengesahan salinan sijil hanya boleh dibuat oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan & Profesional atau Ketua Kampung atau Penghulu atau Nazir Masjid.
(Pengesahan sijil melalui tandatangan ‘bagi pihak’ akan ditolak)
-Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Rekod Perkhidmatan Pegawai dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.
-Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dipohon disebelah atas kiri sampul surat.
-Permohonan berikut AKAN DITOLAK sekiranya :
a. Dokumen yang diperlukan tidak dilampirkan;
b. Salinan sijil-sijil yang tidak disahkan oleh pegawai yang ditetapkan;
c. Pengisian borang tidak lengkap;
d. Tidak ditandatangani oleh pemohon; dan
e. Tidak menggunakan Borang BR.MAIS BPM (SM-P&P) /16/2006
f. Tidak mengisi Borang Pengesahan Permustautinan Dalam Negeri Selangor BR.MAIS BPM (SM-P&P) /16/2009 (Bagi Pemohon yang lahir luar dari Negeri Selangor)
MUAT TURUN BORANG PENGESAHAN PERMASTAUTIN
-Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut :
MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Tingkat 9 Menara Utara,
Bangunan Sultan Idris Shah,
40000 Shah Alam, Selangor.
No. Tel : 03-5514 3746
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Julai 2010
CATATAN AM
-Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk sessi temuduga.
-Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
MORE INFO JAWATAN KERAJAN 2010