JURUTEKNIK (SENGGARAAN AWAM)
Kelayakan:
· Memiliki Sijil Kejuruteraan Awam dari Politeknik atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dengan memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 3.0
dan
· Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Matematik dan Bahasa Inggeris.
· Umur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan
· Berdaya harap dan boleh mempelajari teknologi baru berkaitan project software.
· Mempamerkan semangat kerja berpasukan yang tinggi dan memiliki kecekapan komunikasi (interpersonal) yang baik.
· Memiliki Sijil Pelukis Pelan merupakan satu kelebihan.
Tugas & Tanggungjawab:
· Merancang dan mengawasi kerja-kerja senggaraan dan pembaikan.
· Menyelia perlaksanaan projek dan kerja-kerja pembaikan.
· Menjalakan tugas-tugas senggaraan bangunan.
· Menggunakan technical software seperti AUTOCAD dan project management software.
· Membuat lukisan teknik seperti pelan bangunan dan kerja-kerja awam menggunakan AUTOCAD atau perisian teknikal.
· Menyediakan Bil of Quantity atau spesifikasi projek.
· Memastikan semua tugas yang diarahkan oleh Penyelia dilaksanakan dengan cekap dan bertanggungjawab.
JURUTEKNIK (MULTIMEDIA)
Kelayakan:
· Memiliki Sijil Teknologi Maklumat & Multimedia dari Politeknik atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dengan memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 3.0
dan
· Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Matematik dan Bahasa Inggeris.
· Umur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan
· Mahir mengendalikan sistem audio
· Mahir dalam video/photo shooting
· Mahir mengendalikan video camera serta alat bantuan mengajar
Tugas & Tanggungjawab:
· Mengendalikan peralatan AVA/Video/kamera untuk sebarang majlis/kursus
· Mengendalikan kerja-kerja peyuntingan video/gambar bagi sebarang majlis/kursus yang telah dijalankan
· Mengendalikan kerja-kerja rekabentuk pengajaran bagi kursus-kursus di ILSAS
· Menyelia sebarang projek multimedia yang dijalankan oleh pihak ketiga
· Mengendalikan kerja-kerja senggaraan dan pembaikan peralatan multimedia
· Memastikan permintaan pelanggan diberi maklumbalas dengan segera..
· Memastikan semua tugas yang diarahkan oleh Penyelia dilaksanakan dengan cekap dan bertanggungjawab.
—————————————————————————–
Penempatan:
Calon-calon berjaya akan ditempatkan di :
TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd.– ILSAS,
Jalan IKRAM-UNITEN, Karung Berkunci 205,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
——————————————————————————–
Cara Memohon:
· Permohonan hendaklah menggunakan Borang TNB188C yang boleh didapati di pejabat-pejabat TNB yang berhampiran atau dimuat turun dari laman web TNB. (http://www.tnb.com.my/) atau DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN
· Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Kelahiran, Salinan Transkrip & Kelayakan Akademik, Kad Pengenalan, Resume/CV dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan), dan dialamatkan kepada:
Pengurus Besar
Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Sumber Manusia
Tingkat 9, Bangunan Ibu Pejabat TNB
129, Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur
· Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat anda.
· Tarikh tutup permohonan ialah pada 24 Julai 2010. Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.