Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad dengan jaminan ( Company Limited by Guarantee ).
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Cara Permohonan Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta salinan dokumen yang berikut :- a) Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman) b) Sekeping gambar berwarna berukuran passport (tidak dikembalikan) c) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada. Surat permohonan beserta dokumen hendaklah sampai kepada : Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 2, Langgak Tunku Off Jalan Duta 50480 KUALA LUMPUR (up: Bahagian Pentadbiran) Tel: 03-62046200 Faks: 03-62014189 sebelum atau selewat-lewatnya pada dengan menyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat tersebut. Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama. Catatan Am Salinan sijil-sijil yang dikemukakan hendaklah diakui sah oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Permohonan tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. |
MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS
MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS