Hi Jobseeker ,  Welcome  |  Like This  |  Subscribe Now  |  need help ?



Welcome to JobsMalaysia 2017

JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN TAIPING

Written By Admin on Tuesday, August 17, 2010 | 3:42 PM

A. Warganegara Malaysia yang berkelayakan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk membuat permohonan jawatan seperti berikut. Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan

BIL
JAWATAN
GRED
BIL KOSONG
1.PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA - TETAP
J29
1
2.PEMBANTU PERTANIAN - TETAP
G17
1
3.PEMBANTU PENILAIAN - TETAP
W17
1
4.PEMANDU KENDERAAN - TETAP/KONTRAK
R3
2
5.PEKERJA AWAM TETAP/KONTRAK
R1
40


B. Maklumat lengkap serta syarat-syarat kelayakan boleh didapati melalui laman web Majlis Perbandaran Taiping (http://www.mptaiping.gov.my/)

C. CARA MEMOHON


  • Semua permohonan hendaklah mengemukakan Borang Permohonan yang boleh didapati di Kaunter Bayaran, Aras Bawah, Majlis Perbandaran Taiping, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping (waktu pejabat) dengan bayaran sebanyak RM2.00 atau dengan muat turun (download) melalui laman web Majlis Perbandaran Taiping (http://www.mptaiping.gov.my/) dengan menyertakan bersama kiriman wang pos sebanyak RM2.00 atas nama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Taiping sebagai wang proses. Borang permohonan adalah terhad.
  • Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil / Ijazah dan keputusan peperiksaan yang telah diperolehi yang diakui sah oleh pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan sekeping gambar berukuran passport dengan sampul surat berukuran 10”x 15” beralamat sendiri dan setem RM2.00
D. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP
a) Permohonan hendaklah sampai kepada :-
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Taiping,

Jalan Taming Sari,

34000 Taiping,

Perak.

SEBELUM ATAU PADA 30 OGOS, 2010


Muatnaik
MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS

MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS