Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk mengisi jawatan berikut di Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia.
- Pemandu Kenderaan Gred R3
Cara Memohon:
(a) Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan AKS Bil.1/11 yang boleh didapati secara percuma di Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia, Aras 10, Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia Putrajaya, Ibu Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Borang Permohonan boleh juga di dapati melalui laman web http://www.jpn.gov.my/. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan dengan bersama-sama :-
- Salinan sijil kelahiran
- Gambar berukuran passport (dilekatkan di muka hadapan borang)
- Salinan MyKad
- Salinan sijil berhenti sekolah; dan
- Salinan sijil-sijil keputusan peperiksaan bagi kelayakan yang disyaratkan yang telah disahkan.
Permohonan hendaklah sampai kepada:
KETUA PENGARAH
JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, MALAYSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN DAN SUMBER MANUSIA
ARAS 10, NO.20, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2
62551 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.
Tarikh Tutup Permohonan Pada 31 Januari 2011.
MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS
MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS