Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia mempelawa semua warganegara Malaysia yang berkelayakan, bagi mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Semua permohonan perlu dibuat secara ’on-line’ melalui laman web www.jobsmalaysia.gov.my mulai 27 Mei - 9 Jun 2012.
1. PEREKA
2. PENGAJAR KRAF
3. JURUTEKNIK KOMPUTER
4. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT
5. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
6. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
CARA MEMOHON DAN SYARAT PERMOHONAN
- Semua permohonan perlu dibuat secara ’on-line’ melalui laman web www.jobsmalaysia.gov.my
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 Jun 2012 (Sabtu).
- Calon-calon diwajibkan untuk memuat naik gambar pada borang permohonan.
- Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut semua syarat yang dinyatakan akan ditolak;
- Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga;
- Calon-calon yang berjaya disenarai pendek untuk panggilan temuduga perlu membawa sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah.
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (06) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
- Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri temuduga;
- Pihak Pengurusan Kraftangan Malaysia tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.