Hi Jobseeker ,  Welcome  |  Like This  |  Subscribe Now  |  need help ?



Welcome to JobsMalaysia 2017

JAWATAN KOSONG MTIB

Written By Admin on Sunday, August 22, 2010 | 5:37 PM

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) seperti berikut:

1. PENOLONG AKAUNTAN W27
2. SETIAUSAHA PEJABAT N27, PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N17
3. PEMBANTU EHWAL EKONOMI E17
4. JURUTEKNIK J17
5. PEMBANTU AM PEJABAT N1
6. PEMANDU KENDERAAN R3

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Taraf Jawatan: Tetap

Borang permohonan mestilah diisikan dengan lengkap. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat dan hendaklah dihantar kepada:

LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA,
Tingkat 13-17, Menara PGRM
No. 8, Jalan Pudu Ulu, P.O. Box 10887
50728 Kuala Lumpur
(u.p. : Unit Pengurusan Sumber Manusia)
No. Telefon : 03-92822235 (sambungan : 1227/1228)


Permohonan dari Negeri Sabah dan Sarawak hendaklah menghantar borang permohonan di alamat berikut:

LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA,
Lot 4, Fasa 1 Jalan Timur 6
Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP)
Peti Surat 177, Pos Mini Indah Permai,
88450 Kota Kinabalu,SABAH
No. Telefon : 088-498822

Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemas kini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini;
(i) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;

-Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan: 3 September 2010


MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS

MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS