Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) ingin mempelawa warganegara Malaysia khususnya sekitar Lembah Klang yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pegawai Sambilan Harian (PSH) di Planetarium Negara. Maklumat lanjut sila rujuk butiran di bawah :
Jawatan : Pembantu Galeri (S27)
Jabatan : Planetarium Negara, Agensi Angkasa Negara53 Jalan Perdana, Kuala Lumpur
Kump. Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi : Pekerja Sambilan Harian (PSH)
Ketua Perkhidmatan : Agensi Angkasa Negara Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi
Taraf Jawatan : Sementara (tempoh kontrak: 3 bulan)
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia
ii. Umur 18 - 30 tahun
iii. Diploma dalam bidang Fizik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi - Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau Diploma dalam bidang Sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi – Institusi Pengajian Tinggi Tempatan; atau
iv. Diploma dalam bidang Komunikasi Massa yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi - Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau Diploma dalam bidang Pengurusan Perhotelan atau Pelancongan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi – Institusi Pengajian Tinggi Tempatan; atau
v. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Sains; dan
vi. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.
Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan jawatan yang boleh didapati di laman sesawang ANGKASA http://www.angkasa.gov.my/planetarium.
Semua maklumat yang diisi dalam borang hendaklah ditulis dengan jelas dan terang dengan HURUF BESAR.
Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, salinan sijil-sijil keputusan peperiksaan dan salinan sijil tamat persekolahan yang DISAHKAN.
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat di bawah:
Pengarah
Planetarium Negara
53 Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur
(u/p: Puan Nur Fazilah bt Mohamad Hanafiah)
Tarikh tutup permohonan ialah pada 15hb Jun 2012 (Jumaat).
Permohonan yang tidak lengkap dan teratur akan DITOLAK.
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
Pemohon – pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan
dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak
berjaya.
-------
Planetarium Negara
Agensi Angkasa Negara
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Jun 2012
Iklan Kekosongan Jawatan PSH:Pembantu Galeri (S27)
Ringkasan Senarai Tugas PSH:Pembantu Galeri (S27)
Borang Permohonan Jawatan PSH:Pembantu Galeri (S27)