Hi Jobseeker ,  Welcome  |  Like This  |  Subscribe Now  |  need help ?



Welcome to JobsMalaysia 2017

JAWATAN KOSONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) 2013

Written By Admin on Saturday, March 16, 2013 | 5:46 PM

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM seperti berikut :-
Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan, Universiti Teknologi Malaysia atau lebih dikenali sebagai UTMSPACE telah ditubuhkan pada bulan Julai 1993, rentetan daripada aspirasi kerajaan untuk meningkatkan jumlah modal insan yang berkualiti di Malaysia. UTMSPACE menyediakan laluan alternatif bagi mereka yang terlepas peluang untuk mengikuti pengajian daripada arus pengajian perdana . Sejajar dengan operasi organisasi yang semakin pesat berkembang dan imej UTMSPACE yang semakin dikenali di mata masyarakat, kami menjemput individu yang dinamik, inovatif serta mempunyai aspirasi yang tinggi untuk menyahut cabaran dalam bersama-sama merealisasikan Visi dan Misi UTMSPACE. Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :
1. Eksekutif Penerbitan
Kelayakan Akademik
  • Sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan di peringkat Ijazah Sarjana Muda / Kepujian dalam pelbagai bidang namun keutamaan diberikan dalam bidang Pengajian Melayu / Kesusteraan / Linguistik / Bahasa Inggeris daripada universiti yang diiktiraf
Tugas dan Tanggungjawab
  • Bertanggungjawab melakukan kerja-kerja penulisan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris untuk artikel, buletin, laporan tahunan dan lain-lain bentuk penulisan
  • Bertanggungjawab melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kulit buku dan sebagainya
  • Bertanggungjawab terhadap sistem dokumentasi
  • Bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja terjemahan
  • Bertanggungjawab merekabentuk storyboard untuk penerbitan video
  • Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa
2. Jurugambar
Kelayakan akademik
  • Sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Diploma / Sijil dalam bidang fotogra / Media daripada institusi pengajian yang diiktiraf
Tugas dan Tanggungjawab
  • Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja fotografi di majlis-majlis anjuran UTMSPACE
  • Bertanggungjawab menyelenggarakan server media.
  • Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan bergambar
  • Pengeditan gambar
  • Merekod, mendaftar dan membuat dokumentasi pada setiap sesi fotogra dibuat.
  • Menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa oleh Pengurus Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Perhubungan Pelanggan
Calon yang berminat, sila hantarkan surat permohonan beserta resume anda kepada kami di alamat berikut:
Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (UTMSPACE)
Universiti Teknologi Malaysia,
34-50, Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti,
81300 Skudai, Johor Bahru, Johor

atau emelkan kepada : hr@utmspace.edu.my
Tarikh Tutup Permohonan : 22 Mac 2013
Untuk pertanyaan, sila hubungi : 07-521 8129
MORE INFO : http://www4.utmspace.edu.my