Hi Jobseeker ,  Welcome  |  Like This  |  Subscribe Now  |  need help ?



Welcome to JobsMalaysia 2017

JAWATAN KOSONG KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) 2012

Written By Admin on Thursday, July 19, 2012 | 4:24 PM


Jawatan Kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) :

Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk berkhidmat secara ‘Contract For Service’ (CFS) bagi perlaksanaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) di Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Butiran jawatan adalah seperti berikut:

1. Jurutera (Awam/Mekanikal/Elektrikal/Elektronik/ Biomedikal)
2. Jurukur Bahan

*Sila klik pada nama jawatan untuk Syarat Lantikan.

Tarikh Tutup Permohonan: 25 Julai 2012
4:24 PM | 0 comments

JAWATAN KOSONG KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 2012

Written By Admin on Monday, July 9, 2012 | 4:02 PM


 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah ditubuhkan pada 24hb. Mei 1964 dengan nama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Pada 18hb. Julai 1978, berikutan dengan penyusunan semula Kabinet, organisasi Kementerian telah diubah dan disusun semula dengan nama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Penubuhan ini adalah hasil cantuman di antara Kementerian Perumahan dan Kemajuan Perkampungan dengan Bahagian Kerajaan Tempatan yang sebelumnya terletak di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan.

1. (a) Jawatan : PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1

(b) Kementerian : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

(c) Kumpulan : Pelaksana

(d) Klasifikasi : Pentadbiran dan Sokongan Perkhidmatan

(e) Gred : N1

2. Jadual Gaji :
P1 RM733.54 – RM1,782.67
P2 RM781.53 – RM1,869.34
P3 RM831.36 – RM1,957.86

3. Syarat Lantikan : Calon-calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(ii) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.

4. Taraf Jawatan : Tetap

5. Tempoh Percubaan : 1 hingga 3 Tahun

6. Pengesahan Dalam : Pembantu Am Pejabat Gred N1 adalah layak Perkhidmatan disahkan dalam perkhidmatan apabila telah :-

(a) Memenuhi tempoh percubaan;

(b) Hadir dengan jayanya Kursus Induksi; dan

(c) Diperakukan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan

7. Penaklukan Di Bawah Syarat : Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan - Syarat Skim Perkhidmatan Pembantu Am Pejabat adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

8. Diskripsi Tugas : Mengedarkan fail, membuat salinan fotostat, mengambil dan merekod dalam buku daftar, mengedarkan/menghantar surat-surat.

9. Tempat Kekosongan :
Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (ILPKT),
Bukit Tinggi, Bentong,
Pahang

10. Jumlah Kekosongan : 1 jawatan

CARA MEMOHON :

(a) Calon-calon yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan yang diedarkan bersama surat edaran atau boleh diperolehi di Bahagian Sumber Manusia, KPKT ataupun di laman web www.kpkt.gov.my dengan menyertakan bersama dokumendokumen berikut :-

(i) Salinan Sijil Kelahiran

(ii) Salinan Kad Pengenalan

(iii) Salinan Sijil Berhenti Sekolah

(iv) Salinan Sijil Persekolahan

(v) Sekeping gambar berukuran pasport yang terbaru (tidak dikembalikan) serta;

(vi) Salinan sijil-sijil yang berkaitan.

(b) Calon-calon yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing.

(b) Calon-calon yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing.

(c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm dan sudut atas sebelah kiri sampul hendaklah ditulis nama "Jawatan Yang Dipohon".

(d) Permohonan berikut AKAN DITOLAK tanpa diberi sebarang jawapan:

(i) tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;

(ii) tidak lengkap atau tidak terang;

(iii) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

(iv) tidak ditulis nombor kad pengenalan;

(v) tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat; dan

(iv) tidak menandatangani borang permohonan.

(e) Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada :

Ketua Setiausaha
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Bahagian Sumber Manusia
Aras 11 & 12
No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Perkhidmatan)

Atau boleh juga dihantar kepada :

Pengarah
Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
KM 48, Persimpangan Lebuhraya Bertingkat Karak,
Berjaya Hills, 28750 Bukit Tinggi
PAHANG DARUL MAKMUR
(u.p : Pendaftar)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA : 27 Julai 2012


INFO : http://www.kpkt.gov.my
4:02 PM | 0 comments

JAWATAN KOSONG UPSI 2012


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Agak menarik apabila meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan – jawatan seperti berikut :-

1 PEGAWAI PSIKOLOGI
2 PEGAWAI KESELAMATAN
3 JURUTERA (ELEKTRIK)
4 JURUTERA (AWAM)
5 PEGAWAI PENYELIDIK
6 PEGAWAI TADBIR (UNDANG-UNDANG)
7 PENOLONG JURUTERA (AWAM)
8 PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK)
9 AHLI MUZIK
10 PEMBANTU MAKMAL
11 JURUTEKNIK (AWAM)
12 TUKANG K3 (AWAM)

Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 Julai 2012 (Selasa)

MORE INFO KLIK SINI
12:14 PM | 0 comments

JAWATAN KOSONG AGENSI ANGKASA MALAYSIA 2012

http://vectorise.net/vectorworks/logos/Jabatan%20Kerajaan/downloads/Logo%20Angkasa%20Malaysia.png
1. Pembantu Tadbir
2. Penolong Pengurus asrama
3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan yang boleh didapati di laman web ANGKASA http://www.angkasa.gov.my atau boleh didapati di pondok pengawal Pusat Angkasa Negara

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat di bawah:

Pengarah
Pusat Angkasa Negara
Lot 2233, Jalan Turi, Sungai Lang
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Pn. Jessica Wong Soo Mee)

Tarikh tutup permohonan ialah pada 20hb Julai 2012 (Jumaat).


Maklumat lanjut iklan jawatan sila klik sini
Borang permohonan sila klik sini
12:12 PM | 0 comments

JAWATAN KOSONG INSTITUT MARITIM MALAYSIA (MIMA) 2012

Written By Admin on Sunday, July 8, 2012 | 6:10 PM


The Maritime Institute of Malaysia (MIMA) is a policy research institute set up by the Malaysian Government to look into matters relating to Malaysia’s interest at sea, and to serve as a national focal point for research in the maritime sector. Established in 1993, MIMA was incorporated under the Companies Act 1965, as a company limited by guarantee and not having a share capital, with its own Board of Directors.
the Maritime Institute of Malaysia, an independent policy research institute set up by the Malaysian Government to undertake research on matters relating to Malaysia’s maritime interests, invites applications for the position of RESEARCHER at the CENTRE FOR MARITIME ECONOMICS AND INDUSTRIES based in Kuala Lumpur.
Job Responsibilities
  • Undertake policy research on issues related to the maritime industry
  • Produce research papers with timely, relevant and implementable recommendations that can be useful to policymakers
  • Publish commentaries, articles, papers and other types of publications on issues related to the maritime industry
  • Compile database of statistics and information related to the maritime industry
  • Monitor and analyse issues, trends and developments in the maritime industry and related fields
  • Organise events such as stakeholder meetings, forums, seminars, conferences and workshops
  • Establish and foster relationships with regulatory agencies, industry players and other relevant parties in the maritime industry.
Requirements
  • Master in Maritime Studies, Business Administration, Economics, International Business, Management, Statistics, or related fields
  • Minimum five years working experience, preferably in a research environment or in the maritime industry
  • Good oral and written communication skills in English and Bahasa Melayu
  • Good analytical, organizational and interpersonal skills
  • Able to work under pressure and within tight deadlines
  • Good at building, maintaining and enhancing networking
  • Computer savvy
Kindly submit your application, together with a detailed curriculum vitae, current and expected salary, and a recent photograph, by 19 July 2012 to:
Director of Administration and Finance
Maritime Institute of Malaysia
Unit B-06-08, Megan Avenue II
No. 12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur
Or emailed to: vacancy@mima.gov.my
Only shortlisted candidates will be notified
More info please click here
6:10 PM | 0 comments

JAWATAN KOSONG INDAH WATER KONSORTIUM 2012

Written By Admin on Monday, July 2, 2012 | 5:32 PM


Jawatan Kosong Indah Water Konsortium (IWK)

Indah Water Konsortium Sdn Bhd, wholly owned by the Minister of Finance
Incorporated, is the national sewerage company responsible for providing
sewerage services, operating and maintaining public sewerage systems in
Malaysia. We have 18 unit offices throughout Malaysia, divided into the
north, south, central and eastern regions. We are currently looking for
suitable candidates to fill the position of :





MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN DAN BORANG PERMOHONAN



Tarikh Tutup Permohonan: 7/7/2012-31/8/2012
5:32 PM | 0 comments

JAWATAN KOSONG PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN (ICU) 2012

Written By Admin on Friday, June 29, 2012 | 2:30 PM


Penubuhan Pejabat Kemajuan Negeri pada awal 60an adalah berasaskan kepada idea Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Kedua. Ianya mendapat persetujuan dari pihak Agensi Pusat iaitu Perbendaharaan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam serta direstui oleh semua YAB Menteri Besar / Ketua Menteri pada ketika itu.

Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut :

Tarikh tutup permohonan 6 julai 2012

Maklumat lanjut iklan, cara memohon dan borang sila klik sini
2:30 PM | 0 comments

JAWATAN KOSONG TELEKOM MALAYSIA 2012

Written By Admin on Sunday, June 24, 2012 | 3:50 PM

Telekom Malaysia Berhad (TM), Malaysia’s broadband champion and leading integrated information and communications group, offers a comprehensive range of communication services and solutions in broadband, data and fixed-line. As a market leader, TM is driven by stakeholder value creation in a highly competitive environment. The Group places emphasis on delivering an enhanced customer experience via continuous customer service quality improvements and innovations, whilst focusing on increased operational efficiency and productivity.



Telekom Malaysia Berhad (TM), Malaysia’s broadband champion and leading integrated information and communications group, offers a comprehensive range of communication services and solutions in broadband, data and fixed-line. As a market leader, TM is driven by stakeholder value creation in a highly competitive environment. The Group places emphasis on delivering an enhanced customer experience via continuous customer service quality improvements and innovations, whilst focusing on increased operational efficiency and productivity.

Available vacancies at Telekom Malaysia Berhad (TM):

1. Assistant Manager Data Centre Operation CBJ 1
2. Asst Mgr W. Maju/Cyberjaya
3. Technical Officer, Homeconnect
4. Assistant Lecturer – Telecommunication Engineering (Sabah Campus)
5. Executive, Legal & Regulatory
6. Asst Mgr HR Operations Celcom 2
7. Assistant Manager Program Management & Service Delivery 3
8. Pembantu Pegawai Sokongan
9. Business Support
10. Manager Product Developmet & Mgmt, Collaboration Services
11. Asst. Mgr. Plan Trans Kuching/Sibu
12. Manager, Policies & Procedures, Group Accounts,Group Finance


MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN DAN BORANG PERMOHONAN



Tarikh Tutup Permohonan: 03/07/2012
3:50 PM | 0 comments

JAWATAN KOSONG LHDN JUN 2012


Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah salah satu agensi utama memungut Hasil di bawah Kementerian Kewangan.Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia diperbadankan pada 1hb Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.Lembaga Hasil Dalam Negeri ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.

Jawatan Kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) :

1. Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 41 Kontrak
Kekosongan : 5

Permohonan dari calon-calon luar LHDNM (termasuk yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan)
hendaklah dibuat melalui Laman Web JobsMalaysia (Kementerian Sumber Manusia) di
http://www.jobsmalaysia.gov.my .

Semua permohonan tidak perlu dicetak/di pos ke LHDNM.

Calon-calon yang tidak dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan, adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup 26 Jun 2012

Maklumat lanjut jawatan sila klik sini
3:50 PM | 0 comments

JAWATAN KOSONG PERBADANAN NASIONAL BERHAD 2012


PERBADANAN NASIONAL BERHAD, is the lead agency entrusted by the government to promote the development of franchise industry in the country. In line with our future plans, we invite highly dedicated and motivated individuals to fill the following position:


  1. INVESTMENT ANALYST

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN DAN BORANG PERMOHONAN


Tarikh Tutup Permohonan: 22/7/2012
3:49 PM | 0 comments

JAWATAN KOSONG KUMPULAN WANG PERSARAAN (KWAP) 2012


Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991 (Akta 454) telah digubal bertujuan untuk membantu pembiayaan liability pencen Kerajaan Persekutuan. Berikutan itu, Kumpulan Wang Amanah Pencen telah ditubuhkan pada 1 Jun 1991 dengan geran penubuhan sebanyak RM500 juta daripada Kerajaan Persekutuan. Kumpulan Wang Amanah Pencen ditadbir oleh Majlis Kumpulan Wang Amanah Pencen di bawah pengurusan Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan harian.
Pada 1 Mac 2007,Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (“KWAP”) telah ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 (Akta 662) menggantikan Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991 (Akta 454) yang dimansuhkan. Dengan penubuhan KWAP, semua kuasa, fungsi, aktiviti, aset dan liabiliti Kumpulan Wang Amanah Pencen diambil alih sepenuhnya oleh KWAP.
Sekiranya anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada anggota KWAP, sila kemukakan permohonan anda untuk mana-mana jawatan kosong yang bersesuaian dengan latar-belakang dan kebolehan anda.Berikut adalah jawatan kosong yang ditawarkan:

Jawatan Kosong Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)

As part of our expansion plans and new business model design, we are urgently looking for suitable candidates to fill in the following vacancy:

1. Assistant Vice President, Accounts
2. Assistant Vice President, Learning & Development
3. Research Analyst

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

Tarikh Tutup Permohonan: 20 Julai 2012
3:47 PM | 0 comments

JAWATAN KOSONG MRSM 2012

Written By Admin on Sunday, June 17, 2012 | 1:22 PM

1. Guru Biologi
2. Guru Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) WarganegaraMalaysia;

b) Berumur tidak kurang dari l8 lahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) (i) ljazah Sarjana Muda yang diiktiraf aleh kerajaan daripada institusi-inslitusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau

(ii) ljazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkailan yang diiktiraf aleh kerajaan daripada instilusi-institusi Pengajian Tinggi Tempalqn atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN

(iii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Mengemukakan surat permahonan secara rasmi beserta resume dan salinan sijil-sijil yang disahkan surat beranak, kad pengenalan dan lain-laln dakumen berkaitan serla 2 keping gambar berukuran passport dihantar kepada :-

Pengetua,
Maklab Rendah Sains MARA Kubang pasu
Lat 1929. Jalan Kg. Gelang,
06000 Jitra,
Kedah Darul Aman.
Tel :04-9170695 / j7
Fax :04-9170699

Tarikh tutup permohonan 25 Jun 2012

sumber iklan : http://www.mrsmkm.edu.my/kubangpasu
iklan jawatan klik sini
1:22 PM | 0 comments

JAWATAN KOSONG KEMENTERIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA 2012


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

i) Pembantu Am Pejabat Gred N1
ii) Pekerja Awam Gred R1
iii) Pemandu Kenderaan Gred R3

*maklumat lanjut klik nama jawatan

Permohonan bagi jawatan ini boleh dibuat melalui Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i). http://www.spa.gov.my/Portal/

 Tarikh tutup permohonan: 02 Julai 2012 (Isnin)
1:22 PM | 0 comments

JAWATAN KOSONG UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA 2012

Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA kemudian diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 November 2006.
UPNM kini mempelawa warganegara yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

Warganegara Malaysia Dipelawa untuk mengisi Jawatan Kosong Berikut :-

1. PENYELIA KOPERASI

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

Tarikh Tutup Permohonan: 25 Jun 2012
1:20 PM | 0 comments

JAWATAN KOSONG TLDM 2012


Tentera Laut Diraja Malaysia bermula dengan pembentukan Tentera Laut Sukarelawan Simpanan Negeri Selat (TLSSNS) – Straits Settlement Naval Volunteer Reserve – yang telah ditubuhkan oleh kerajaan kolonial British di Tanah Melayu pada 27 April 1934 di Singapura. TLSSNS ditubuhkan untuk membantu Royal Navy mempertahankan kawasan perairan Tanah Melayu ekoran perkembangan dan pergolakkan politik di Asia di mana Empayar Jepun sedang memperluaskan kuasa dan pengaruhnya.
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa belia dan beliawanis tanahair untuk berkhidmat sebagai anggota TLDM peringkat rendah (Lain-Lain Pangkat) lelaki dan wanita di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan.

1. KELAYAKAN AKADEMIK.

a. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu, keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian dalam subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

b. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. LAIN-LAIN KELAYAKAN

a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 23 tahun pada tarikh angkat sumpah 24 Sep 2012.

b. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.

c. Berat badan minima 49 kg (Lelaki) 40.5 kg (Wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62 meter (Lelaki) 1.60 meter (Wanita), Body Mass Index (BMI) di antara 19 - 26.9 (Lelaki) 18 - 23 (Wanita). Cara pengiraan: BMI : ( Berat/kg ) Tinggi(meter) / Tinggi(meter)

d. Ukuran dada biasa 76 sm dan kembang 81 sm (Lelaki sahaja).

e. Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta sesentuh serta tidak kabur warna.

3. SIJIL DAN DOKUMEN
a. Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen yang ASAL. Kad Pengenalan (MY Kad), Sijil Kerakyatan Malaysia (jika ada), Sijil Kelahiran Pemohon, Penyata/Sijil SPM/SPMV/SKM/PMR, Sijil Berhenti Sekolah (tamat tingkatan 5), Sijil Penglibatan Sukan/Persatuan dan Sijil Akademik lain.

b. Pemohon juga dikehendaki membawa bersama sekeping gambar terbaru berukuran pasport (gambar tidak akan dikembalikan) dan sampul surat berukuran 16 sm x 23 sm bersetem RM1.00 beralamat sendiri.

c. Kepada pemegang Kad Pengenalan Sementara, kemasukan untuk menyertai perkhidmatan ATM ditangguhkan sehingga pemohon memiliki MY Kad.

4. PUSAT PEMILIHAN
a. Sila hadir di pusat pemilihan yang tercatat seperti di Jadual Pemilihan.Waktu pendaftaran dibuka mulai jam 0900 pagi hingga 1000 pagi, permohonantidak akan diterima selepas tamat waktu pendaftaran. Pemohon dikehendakiberpakaian sukan, baju ‘T’ berkolar, seluar panjang sukan, berkasut sukan dan berstokin.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Markas Tentera Laut
Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Sumber Manusia - Bantuan
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP)
Telefon: 03 – 20713177/6925
Laman Web: www.navy.mil.my
1:19 PM | 0 comments

Ads


Interview Tips

Great interviews arise from careful groundwork. You can ace your next interview if you:

1. Enter into a state of relaxed concentration.

2. Act spontaneous, but be well prepared.

3. Set goals for the interview.

4. Know the question behind the question.

5. Follow up with an effective "thank you" letter.

6. Consider the interviewer's agenda.

7. Expect to answer the question, "Tell me about yourself." This is a pet question of prepared and even unprepared interviewers.

8. Watch those nonverbal clues. Experts estimate that words expressonly 30% to 35% of what people actually communicate; facial expressions and body movements and actions convey the rest.

9. Be smart about money questions. Don't fall into the trap of telling the interviewer your financial expectations.

10. Don't hang out your dirty laundry. Be careful not to bare your soul and tell tales that are inappropriate or beyond the scope of the interview.

Latest Jobs

Blog Archives